Welcome to Salfawirda's blog.Follow me,or I will kill you.Haha! Just Kidding. Enjoy Yourself :)

Sunday, September 12, 2010

karangan permintaan abang smart (smart ke??)

okay.. ni karangan yg aku wat atas permintaan lec aku, abang smart.. ceh! cm hampeh je nk panggil abg smart.. lyn jela.. ni la karangan aku cm bdk skola menengah.. langsung xde cri2 bdk IPT.. bertaraf rendah btul la krgn aku ni.. dye mintak 3000 pth perkataan aku wat cm 300 je kot.. pape hal, aku wat n submit.. kn??

PERJALANAN KISAH HIDUPKU

Dalam setiap kehidupan atau riwayat seorang insan bernama manusia, setiap salah seorang daripada mereka yang diciptakan Allah s.wt mempunyai kisah perjalanan hidup mereka sendiri. Begitu juga insan seperti aku. Tanggal 26 April 1991, tepat jam 5.32 petang, lahirlah seorang bayi perempuan yang mempunyai berat 4.01 kg. Keluargaku menyambutku dengan keadaan yang agak terkejut melihatkan keadaanku yang amat berat. Aku terpaksa tidak berpakaian selama sehari kerana semua pakaian yang dibeli sebelum kelahiranku tidak muat untuk dipakai.

Selepas beberapa hari, ibu dan bapaku menamakanku Salfawirda binti Abd. Rashid. Nama Salfa adalah satu kemestian kerana dua adik beradikku turut mempunyai nama Salfa dihadapan nama mereka iaitu Salfaniza binti Abd. Rashid yang lahir pada 8 Jun 1986 dan Salfanajihah binti Abd. Rashid yang lahir tanggal 29 Disember 1997. Emakku penah menceritakan zaman kanak-kanakku. Zaman kanak-kanakku amatlah mudah. Aku seorang yang kuat minum susu dari kecil. Ada susu sebotol ataupun berbotol2 senyaplah aku. Aku juga suka duduk dalam buaian sepanjang hari. Aku tak nak keluar. Mak aku cakap, aku duduk dalam buaian tu senyap-senyap ingatkan tidur tapi mata aku besar je sambil terkebil-kebil pandang mak ayah aku. Mak, ayah dan atuk (nenek) jarangla nak dukung atau timang-timang aku cam bayi lain sebab aku ni terlebih berat.

Emak cerita juga sikap aku masa kecil, aku ini suka hisap puting plastik. Masalahnya, sekarang aku ni suka main campak-campak puting tu bila aku dah tak mahu hisap lagi. Mana taknya, satu rumah aku kecoh mencari bila aku minta balik puting tu kat mereka. Mak kata sebulan entah berapa banyak puting kena beli untuk aku seorang. Aku pula buat muka tak bersalah dan pura-pura wat muka comel aku tu. Berikutan dengan hal itulah, mak aku tangkalkan puting untuk aku. Alkisah, di situlah silapnya. Bomoh tu tahap pekak ke bebal aku tak tahu sebab dia salah tangkalkan aku. Mak aku suruh tangkalkan puting tapi dia pergi tangkalkan susu untuk aku. Jadi, aku tidak minum satu apa pun selepas itu selama 1hari. Keluarga aku punyalah risau tahap karma (palinglah kiranya) sebab aku tak minum susu. Nak buat macam mana lagi dah salah tangkal. Terima sahajalah. Sebab hal itu, masa jalan-jalan dekat pekan Parit Jawa, Muar, aku jatuh sebab kaki aku tak kuat. Mana taknya, sehari suntuk tak minum susu. Sampailah sekarang kesan tu ada lagi. Kaki aku memang tak sekuat orang lain. Mak aku pergilah jumpa bomoh tu semula untuk pulihkan aku balik (em.. bomohlah kot). Pada malam itu, sebanyak tujuh botol susu aku minum (fuh, dahsyat tak?)

Zaman kanak-kanak aku dari lahir sampai umur aku 4tahun aku membesar kat kampung Parit Keroma, Muar. Dekat situ, mak aku beritahu aku aku lebih suka main seorang diri. Tak pun, duduk kat tangga melihat orang lain bermain kat depan rumah aku. Sadisnya hidup aku. Bila umur aku 4tahun, aku pindah dekat kawasan Bakri. Berikutan ayah aku kerja kat PGA kawasan Bakri. Aku membesar dekat situ sampailah sekarang. Pada umur aku 6tahun, ayah aku hantar aku ke tadika kat kem dekat tempat kerja dia. Aku paling tak suka ke tadika. Sebab kanak-kanak kat situ sombong. Mana taknya, anak polis kot kat tadika tu. Aku selalu menangis tak ke sekolah. Memang tak seronok. Asyik gaduh saja dengan kawan. Kejap kawan, kejap tak. Biasalah kot sebab aku budak – budak.

Zaman sekolah rendah aku dari umur 7tahun sampailah ke 12tahun, Aku disekolahkan ke Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar, Johor. Sekolah ini yang buat aku terkenallah sebagai “top student” sepanjang masa. Sebut je nama panggilan aku Salfa, semua pelajar dan cikgu-cikgu kenal aku. Eh, cam berlagak plak aku ni! Aku sebenarnya seorang yang malas tahap karma masa zaman persekolahan aku. Selalu saja tak siap kerja dan kena denda. Tapi cikgu-cikgu aku pelik, setiap kali aku peperiksaan, “ranking” aku sentiasa 10 teratas. Dekat sekolah nilah, aku kenal erti persahabatan sejati dan cinta. Huhu.. Aku pun pernah dapat surat cinta tau. Jangan main-main. Yang paling aku ingatla, masa aku darjah Eh, cam berlagak plak aku ni! Aku sebenarnya seorang yang malas tahap karma masa zaman persekolahan aku. Selalu saja tak siap kerja dan kena denda. Tapi cikgu-cikgu aku pelik, setiap kali aku peperiksaan, “ranking” aku sentiasa 10 teratas.

Dekat sekolah nilah, aku kenal erti persahabatan sejati dan cinta. Huhu.. Aku pun pernah dapat surat cinta tau. Jangan main-main. Yang paling aku ingatla, masa aku darjah 4, adalah abang darjah 6 bagi aku pensel mekanikal jenama “Shaker”. Mahallah tau pensel tu. Siap kawan-kawan dia tahan aku tak bagi balik kalau aku tak terima hadiah tu. Gila ke apa budak-budak ni! Tapi aku pulang balik hadiah tu. Malulah kot terima hadiah macam tu. Selepas tu, sebelum abang tu habis sekolah rendah, dia hadiahkan aku jam tangan. Aku pun terpaksalah terima. Takut mamat tu kecil hatilah pula. Bengang betul! Kawan paling baik aku, kiranya BFF lah sampai sekarang ialah Aqilah binti Mohd. Noor. Dialah pengarang jantung aku. Ceh!

Menjelang UPSR aku pada tahun 2003, aku dapat keputusan cemerlang tapi aku taklah ditempatkan ke sekolah berasrama penuh atau MRSM. Aku sekolah biasa saja. Jadi, ayah aku hantarlah aku ke SMK Dato’ Sri Amar Diraja, Muar. Macam biasalah, aku nak menangis lagi tapi tahan sahajalah. Mana taknya, aku tak ada kawan kot. Bila dah dapat kawan barulah rasa senang. Kat sinilah aku kenal dengan abang angkat kesayangan aku. Sampai sekaranglah dia abang angkat aku. Muhammad Hakimi Akmal, dialah satu-satunya yang selalu tolong aku, bagi nasihat, bagi semangat, dan termasuklah marah-marah aku bila aku buat salah. Masa kat sekolah menengah, kawan baik aku ialah Alif Hazwan binti Kamalludin. Satu-satunya mamat yang aku pernah tolak cintanya. Tapi kami dah jadi kawan baik sekarang tau. Susah senang aku, dialah yang tau.

Hah, kekasih hati masa zaman sekolah menengah. Aku ada juga minat seorang budak lelaki ni. Comellah juga tapi dia pendiam tak banyak cakap, yang pasti dia selalu dengki aku. Apalah mamat ni? Kalau tak dengki aku satu hari memang tak sah. Kutuk memang sikap aku tapi aku kutuk dia, aku masih minat kat dia. Itulah zaman remaja aku. Nak beritahu nama ke? Tak payahlah. Zaman remaja aku membosankan. Sebenarnya banyak menderita dan menangislah. Sebab itulah, aku tak mahu ingat semua.

Selepas keputusan SPM diumumkan, aku salah seorang yang kecewa dalam SPM meneruskan pelajaran aku ke Universiti Industri Selangor. IPTS sahajalah yang terima aku dengan keputusan yang menghampakan. Dekat sini, aku ambil jurusan Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua selama 2 tahun setengah. Aku fikir pada mulanya, aku ambil jurusan ni sebab inilah pilihan terakhir aku. Selain itu juga, masa depan aku agaklah terjamin. Cikgu Bahasa Inggeris kot. Siapa yang tak nak? Lagipun, Bahasa Inggeris adalah kelebihan aku. Serius, BI aku tak pernah gagal. Ni yang aku nak berlagak ni! Seteruk mana keputusan aku, BI aku mesti A. Huhu...

Sekarang dah 19 tahun aku hidup. Aku belajar dekat sini pun dah setahun. Masih banyak yang perlu aku lalui, pelajari, dan fahami erti sebuah kehidupan. Setiap perjalanan yang aku lalui mematangkan diri aku. Sebenarnya, persepsi aku jadi seorang cikgu pun dah banyak berubah. Aku sedar ambil jurusan macam aku ni, bukanlah mudah. Aku terlalu berterima kasih pada keluarga aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Selain tu pada seorang yang istimewa bagi aku, Nizam yang selalu teman aku dan dengar rungutan-rungutan aku sepanjang masa aku buat tugasan. Abang angkat aku dan kawan-kawan (Qiqi, Ema dan Alif) yang banyak bagi nasihat. Justeru, hargailah setiap detik kehidupan yang kita lalui. Walaupun tidak seindah mana.

No comments: