Welcome to Salfawirda's blog.Follow me,or I will kill you.Haha! Just Kidding. Enjoy Yourself :)

Monday, May 2, 2011

Sekolah Henry Gurney

hi guys.. I’m currently in kajang.. sok aku akan memulakan satu lagi tahap baru dalam hidup iaitu menjadi seorang cikgu.. sebenarnye, simptom2 seperti cemas, insomnia, sakit pewut n sebagainye mla menguasai dri…

so, aku cube berblogging utk mengurangkan rasa nervous tu.. arini aku bce byk sgt entry pasal osama bin laden.. em, aku sendiri rase was2 ngn isu tu sbnrnye.. pic yg ditunjukkan cm kaedah photoshop je..

okay2.. btw, bkn psl tu yg aku nk ketengahkan tp psl sebuah sekolah henry gurney yg popular sbg skola bdk jahat di kalangan masyarakat..

meh sini nk tnye.. sape sini owg teluk mas?? sekolah henry gurney lelaki kt citu kn?? pnh msuk x?? cecite cecite sket pengalaman or kisah2 or sejarah yg kowg tau psl henry gurney??

okay, disbbkn aku ade tgk cter juvana kt TV3.. so, aku nk la cter sket psl skola henry gurney ni.. (btw, tu ihsan Mr. Google je ye) Smile with tongue out

Sekolah Henry Gurney adalah institusi pemulihan yang di kelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun.

Nama Sekolah Henry Gurney adalah diambil bersempena pembukaan rasminya Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya iaitu, Sir Henry Gurney yang telah merasmikan Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka pada 19 Julai 1950.

Pada awal penubuhan institusi untuk juvana ialah pada tahun 1948, apabila sebuah institusi pemulihan belia diperkenalkan di negara ini. Ianya ditubuhkan di Penjara Muar, Johor dengan nama Sekolah Pemulihan Lanjutan (Advance Approved School). Sekolah ini mempunyai mempunyai seramai lima puluh orang penghuni. Kemudian sekolah ini telah dipindahkan ke Telok Mas, Malaka dalam tahun 1950. Ianya terletak di suatu kawasan di tepi pantai Selat Melaka seluas 38 ekar dan lebih kurang 4 km dari Bandar Melaka.

henry gurney telok mas

Sekolah Henrey Gurney, Telok Mas, Melaka

Sekolah Henry Gurney Wanita , Batu Gajah adalah institusi akhlak untuk remaja wanita. Ianya terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak yang dahulunya adalah sebuah penjara wanita yang dikenali sebagai Women Central Prison.

Women Central Prison ini mula diwujudkan apabila Kinta Prison yang menempatkan banduan lelaki telah mula menerima banduanita pada tahun 1951. Kebanyakan banduanita ini dikenal pasti sebagai Penjenayah Politik yang terdiri daripada agen-agen komunis bagi kesalahan di bawah “Emergancy Regulations“. Di samping itu, terdapat juga banduanita yang ditahan di bawah “Penal Code“ seperti memiliki dadah, penipuan, peras ugut dan lain-lain. Lingkungan tahun 1951 hingga 1958, terdapat kira-kira 100 orang banduanita yang ditahan di Central Women Prison yang kebanyakkannya di bawah hukuman singkat.

Sekolah Henry Gurney Wanita Batu Gajah dibina di kawasan seluas 34,736 kaki persegi. Sekolah ini terletak dalam pentadbiran kawasan Batu Gajah, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta yang lebih dikenali sebagai Changkat. Jarak jauhnya lebih kurang 3 km dari Pekan Batu Gajah, Perak. Kawasan sekolah ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan kerajaan yang lain seperti Hospital Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Pejabat Daerah dan Mahkamah. Pada awal penubuhannya , terdapat enam buah sekolah akhlak di bawah Jabatan Penjara iaitu:-

resurgam
Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu,

i) SHG Telok Mas, Melaka

ii)SHG Kota Kinabalu, Sabah

iii)SHG Keningau, Sabah

iv)SHG Puncak Borneo, Sarawak, dan

v)SHG Wanita, Batu Gajah, Perak

4 comments:

miN ScherbatsKy said...

wahh... mgajar kt henry gurney ni ke?

SaL IrDa said...

xde la dear..
ngaja kt skola len..
xckup pengalaman lagi nk mengajar kt henry gurney tu..

miN ScherbatsKy said...

owh.. huhu... good luck n be a great teacher k... d(^^,)

Reza said...

Good article... I am applying to teach in Sekolah Henry Gurney Batu Gajah as I strongly believe that they have the capacity to change. Right now there's still no reply from the relevant authorities. I've been teaching since 1999 and now I am in Ipoh.Last week I read an article by SUHAKAM about this school in particular, and the conclusion from the article was very heart wrenching. Teachers are running away from this institution. So I hope they'll consider my application